Bank Perancis dapat semula sebahagian dana dicuri dalam serangan siber

WorldBusiness & Finance
7 Nov 2026 • 9:03 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bank Perancis dapat semula sebahagian dana dicuri dalam serangan siber

PARIS: Sebuah bank serantau di Perancis berjaya mendapatkan semula sebahagian daripada 118 juta euro (RM534.6 juta) yang dicuri dalam serangan siber selepas penggodam menceroboh sistemnya dan memindahkan wang ke akaun lain.

Presiden Confederation Nationale du Credit Mutuel (CNCM), Daniel Baal, berkata pihak bank sudah memperoleh semula sebahagian daripada dana berkenaan setakat Jumaat, namun tidak mendedahkan jumlah yang berjaya dipulihkan.

Serangan terhadap Credit Mutuel Arkea itu didedahkan pada Rabu, dengan penggodam dilaporkan memindahkan wang ke akaun lain tanpa menjejaskan dana milik pelanggan.

Menurut akhbar Le Telegramme, jumlah wang yang dicuri dalam serangan itu dianggarkan sebanyak 118 juta euro.

Baal, yang mengetuai badan penyelia pelbagai cabang Credit Mutuel, berkata unit khas antipenjenayah siber Perancis sedang menyiasat insiden berkenaan.

Beliau berkata, serangan siber berlaku setiap hari, namun kebanyakannya berjaya dipatahkan sebelum mendatangkan kerugian.

“Bagi serangan khusus ini, saya tidak dapat memastikan sama ada ia dilakukan oleh pihak dari Perancis atau luar negara,” katanya kepada stesen televisyen France 5.

Dalam perkembangan berasingan, serangan siber turut menyasarkan pasar raya di sekurang-kurangnya sembilan negara Eropah minggu ini.

Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran serangan itu dipercayai sebahagian daripada usaha terancang untuk mengganggu bekalan makanan di rantau berkenaan.

Russia, yang sekian lama dituduh kerap melancarkan serangan siber terhadap negara Eropah, bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan.- AFP

 

The post Bank Perancis dapat semula sebahagian dana dicuri dalam serangan siber appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved