Peti Sejuk Pasaraya Di Belgium, Belanda, Estonia, Finland, Ireland, Luxembourg, dan Sweden Pula Digodam

WorldTechnology
3 Nov 2026 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peti Sejuk Pasaraya Di Belgium, Belanda, Estonia, Finland, Ireland, Luxembourg, dan Sweden Pula Digodam

Peti sejuk di Belgium, Belanda, Estonia, Finland, Ireland, Luxembourg, dan Sweden pula menjadi mangsa serangan siber semalam. Awal bulan lalu peti sejuk di 150 lokasi pasaraya Intermarche di Perancis diserang mengakibatkan suhu dinaikkan sehingga menyebabkan kerosakan makanan.

Seperti serangan di Perancis, serangan semalam menyebabkan mod nyahbeku diaktifkan pada peti sejuk oleh penggodam sehingga suhu meningkat ke 5o°C . Sabcobel, syarikat yang mengeluarkan peti sejuk ini percaya mod serangan yang dilakukan sama seperti di Perancis.

Selepas serangan di Perancis tampalan pada perisian telah dilakukan tetapi peti sejuk yang diserang masih perlu menjalani ubah suai pada perkakasan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Masih belum diketahui dalang di sebalik serangan semalam dan juga di Perancis. Kerugian besar perlu ditampung pemilik perniagaan kerana stok makanan yang perlu dibuang.

Serangan ini berlaku beberapa hari selepas kerajaan UK memberikan amaran supaya orang ramai menyimpan stok makanan selama beberapa hari. Pada waktu tersebut muncul spekulasi ini adalah kerana perang di Iran dijangka bermula semula. Tetapi kini besar kemungkinan kerajaan UK mungkin mempunyai maklumat serangan ke atas pasaraya akan dilakukan sehingga akan mengganggu bekalan makanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved