Bank Rakyat Perkukuh Pendidikan Islam, 10 Pelajar Ke Universiti Wise, Jordan

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2025 • 9:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bank Rakyat Perkukuh Pendidikan Islam, 10 Pelajar Ke Universiti Wise, Jordan

Bank Rakyat meneruskan komitmen terhadap pembangunan pendidikan Islam dengan menaja seramai 10 pelajar melalui Program Dermasiswa Bank Rakyat 3.0, melibatkan tajaan penuh berjumlah RM2.01 juta untuk melanjutkan pengajian di The World Islamic Sciences and Education University (WISE), Amman, Jordan.

Seramai 10 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh Syafie di Universiti WISE selama empat tahun, bermula tahun 2025 hingga 2029.

Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria berkata, pemilihan pelajar pelajar ini yang terdiri daripada kalangan asnaf adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial Bank Rakyat.

“Dana yang disumbangkan sepenuhnya untuk menanggung kos pembelajaran ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang Syariah. Adalah diharapkan agar para pelajar akan terus menjadi tulang belakang kepada industri perbankan dan kewangan Islam negara kita satu hari nanti, Insya-Allah”.

Selain itu, mereka juga akan mengikuti kelas tambahan dan intensif di Pusat Madarik di bawah kendalian Syeikh Dr. Amjad Rasyid. Di sini, mereka akan mempelajari kitab-kitab turath Fiqh Syafie secara mendalam, satu usaha penting dalam memastikan mereka benar-benar mahir dan berwibawa dalam bidang ini.

Program Dermasiswa Bank Rakyat ini telah dilaksanakan sejak tahun 2023 dengan jumlah keseluruhan tajaan melebihi RM4 juta, melibatkan seramai 21 orang pelajar.

Usaha ini selaras dengan komitmen Bank Rakyat dalam mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta Pelan Perniagaan Bank Rakyat 2025. Bank Rakyat yakin bahawa pendidikan berkualiti berteraskan Syariah adalah kunci utama dalam mencapai matlamat tersebut.

Nor Haimee turut menzahirkan harapan agar para pelajar dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya dan mengingatkan bahawa mereka membawa harapan diri sendiri, keluarga, Bank Rakyat, dan negara. “Saya yakin dengan usaha gigih, disiplin dan doa, anda semua akan mencapai kejayaan yang cemerlang, Insya-Allah.”

View Original Article