Bank Rakyat Serah Manfaat Perlindungan Takaful Kepada Waris Mangsa Tragedi FRU

LocalBusiness & Finance
11 Jun 2025 • 5:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bank Rakyat Serah Manfaat Perlindungan Takaful Kepada Waris Mangsa Tragedi FRU

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2025 – Waris empat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini menerima hibah bagi manfaat perlindungan takaful termasuk khairat kematian dan badal haji daripada Bank Rakyat.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham Damarrulan Abdul Latif dan Allahyarham Akmal Wafi Annuar merupakan pelanggan produk Bank Rakyat, termasuk Takaful Amani Plus serta Takaful Hayati yang menyediakan perlindungan dan pampasan kewangan bagi kematian atau hilang upaya semula jadi serta kerugian akibat kemalangan diri.

image is not available

Selain itu, Allahyarham Pozli Jaudin dan Allahyarham Roslan Abd Rahim yang merupakan anggota Bank Rakyat turut menerima manfaat khairat kematian anggota berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Penyerahan manfaat takaful tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Deposit Runcit dan Pengurusan Kewangan Bank Rakyat, Dr. Mokhrazinim Mokhtar dan Pengarah Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Syed Nasser Hussain Syed Othman Ali dalam satu majlis penyerahan yang diadakan bersama ahli keluarga mangsa di Ipoh, Perak dan Bertam, Pulau Pinang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Bank Rakyat kepada keluarga yang terkesan.

“Kami amat bersimpati atas kehilangan yang dialami oleh keluarga mangsa dan berharap agar penyerahan manfaat ini dapat membantu ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka dengan selesa,” tambah Bank Rakyat.

image is not available

Sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin terhadap keperluan masyarakat, Bank Rakyat menawarkan pelbagai pelan takaful mampu milik yang komprehensif dan mudah dilanggan, termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti anggota badan beruniform.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Takaful Amani Plus dan Takaful Hayati di cawangan Bank Rakyat berhampiran atau melalui laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my.