Bantahan dibenarkan, semakan kehakiman Na’im Brundage terhenti

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 1:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bantahan dibenarkan, semakan kehakiman Na’im Brundage terhenti

KUALA LUMPUR: Semakan kehakiman yang difailkan oleh Exco Bersatu Selangor, Na’im Brundage bagi mencabar sekatan yang dikenakan ke atas akaun TikTok miliknya terhenti selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan dua lagi.

Dua lagi pihak yang mengemukakan bantahan awal serupa ialah Pengerusi MCMC dan Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen yang dinamakan sebagai responden.

Hakim Norliza Othman memutuskan demikian selepas mendapati kesemua responden bukanlah pihak yang membuat sekatan berkenaan.

“Asas kepada isu ini ialah tiada kausa tindakan. Pertama sekali, perlu ada keputusan yang dilakukan bagi membolehkan Mahkamah menyemak dan membenarkan semakan kehakiman ini untuk dibicarakan tetapi (dalam permohonan ini) tiada keputusan dibuat (oleh responden)

“Keputusan pentadbiran (administrative decision) bukanlah satu keputusan yang membolehkan satu semakan kehakiman dilakukan oleh Mahkamah.

“Dalam kes ini, halangan pertama yang gagal dilepasi oleh pemohon (Na’im) ialah menentukan siapa yang membuat keputusan untuk menapis dan menyekatkan akaun TikTok. Yang pasti, TikTok yang menapis dan menyekat akaun pemohon dan bukannya responden.

“Responden hanya memberikan amaran kepada TikTok bahawa pemohon telah melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok. Tiada keputusan yang dibuat oleh responden yang membolehkan Mahkamah membuat semakan kehakiman,” kata hakim itu.

Pada prosiding hari ini, Na’im diwakili peguam, Latheefa Koya manakala kesemua responden diwakili peguam, K. Ruebankumar.

Ketika ditemui media, Latheefa memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Na’im memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 24 Jun 2024 untuk membatalkan keputusan yang menyekat dua akaun TikToknya.

Dalam afidavit sokongannya, pemohon berkata beliau kerap memuat naik video di dua akaun TikToknya, dengan kandungan video itu merupakan luahan pandangan serta pendapat beliau berkenaan isu-isu semasa, namun Mac 2024 beliau mendapati bahawa akaun-akaun TikTok itu telah disekat.

Beliau mendakwa bahawa tindakan menyekat akaun TikTok miliknya bercanggah dengan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan bahawa tiada peruntukan di bawah undang-undang tersebut yang membenarkan tindakan sedemikian. – UTUSAN

The post Bantahan dibenarkan, semakan kehakiman Na’im Brundage terhenti appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved