Bantu Rakan Artis Turun Naik Tangga, Netizen Puji Sifat Gentleman Hael Husaini - “ Tak Sia-sia Minat Dia Dari…”

20 Feb 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tindakan penyanyi Hael Husaini membantu rakan-rakan penyanyi wanita turun naik pentas di sebuah acara hiburan baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet.


Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, pelantun lagu Diam itu dilihat menghulurkan tangan untuk membantu Aina Abdul, Ernie Zakri, dan Nadeera Zaini ketika sesi penyampaian hadiah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Hael Husaini dan mengambarkan dia merupakan seorang yang sangat gentleman.

“Such a gentleman.

“You are the vibes Hael Husaini.

“Tolong risau rakan-rakan jatuh, akhirnya dia pulak yang terjatuh cover sendiri. Terbaik Hael Husaini.

“Terbaik Hael Husaini. Menang lagu bukan segalanya, Budi pekerti dan peribadi berakhlak tinggi orang kenang sampai bila-bila.

“Hael Husaini is so helpful and gentleman menolong,” kata netizen. 

Baru-baru ini, Hael Husaini telah berjaya memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39)  menerusi lagu ciptaannya bersama Iqie Hugh iaitu Bukan Lagi Kita yang dinyanyikan oleh Nadeera Zaini.

Jangan lupa untuk saksikan kemunculan istimewa Hael Husaini dan Nadeera Zaini di pentas Gempak Most Wanted Awards Ahad nanti. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved