Bantu Wanita Kemalangan, Netizen Usik ‘Jodoh’ Zizan - "Mungkin Pencarian Terhenti Di Sini"

11 Dec 2023 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru-baru ini pelakon dan pelawak, Zizan Razak tular di aplikasi TikTok selepas dia difahamkan membantu mangsa kemalangan.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh mangsa sendiri, dapat dilihat keadaan kereta yang rosak teruk akibat kemalangan.

Dalam pada itu, beberapa keping swafoto memaparkan mangsa bersama pelakon filem Polis Evo 3 tersebut.

Perkara itu membuatkan netizen timbul tanda tanya sama ada mangsa terlibat kemalangan dengan selebriti berkenaan.

“Siapa langgar siapa ni?,”

“Langgar Zizan ke?,”

Bagaimanapun, mangsa memberitahu di ruangan komen bahawa Zizan tidak terlibat kemalangan sebaliknya hanya datang untuk  membantu mereka.

Susulan penularan video, ramai yang memuji tindakan Zizan dan ada juga segelintir yang berseloroh menjodohkan selebriti itu dengan mangsa.

“Tiba-tiba jodoh,”

“Mungkin pencarian Zizan terhenti di sini,”

“Zizan memang baik.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih 100,000 tanda suka dan lebih 700,000 tontonan.

Sumber: TikTok
image is not available