Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200

LocalFamily & Parenting
9 Oct 2026 • 4:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200

PETALING JAYA: Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid sebagai persiapan sesi persekolahan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan bantuan berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion dan bakal memberi manfaat secara langsung kepada 5.3 juta murid di seluruh negara.

“Menerusi kadar baharu itu, sesebuah keluarga yang mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah bakal menerima bantuan kewangan berjumlah RM800.

“Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

 

The post Bantuan Awal Persekolahan naik kepada RM200 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved