Belanjawan 2027: BAP naik kepada RM200 setiap murid, persediaan masuk sekolah 2027

LocalPersonal Finance
9 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: BAP naik kepada RM200 setiap murid, persediaan masuk sekolah 2027
Kerajaan mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ditingkatkan dari RM150 kepada RM200 bagi setiap murid. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ditingkatkan dari RM150 kepada RM200 bagi setiap murid.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bermakna keluarga yang memiliki empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan memasuki sesi persekolahan 2027.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, seramai 5.3 juta murid layak menerima BAP dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

"Bantuan ini bakal disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Anwar turut memaklumkan, kerajaan bersetuju memberikan elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.

Tambahnya, kadar tersebut menyamai elaun pelajar Matrikulasi dan ia bakal memanfaatkan 90,000 pelajar Tingkatan Enam.

Dalam pada itu, kata Anwar, peruntukan RM870 juta turut disediakan menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada lebih 800,000 murid.

Beliau turut mengumumkan, pengambilan Pembantu Guru diperluaskan ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan ia bakal ditambah secara berfasa setelah penilaian keberkesanan dilaksanakan.

"Guru harus kembali kepada tugas mendidik anak-anak tanpa dibebani kerja perkeranian," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved