Bantuan awal persekolahan RM150 dibayar Januari 2024

16 Oct 2023 • 12:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 OKT: Bantual awal persekolahan sekali bayar sebanyak RM150 kepada murid akan disalurkan mulai Januari tahun depan, maklum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut kementerian, bantuan yang memanfaatkan 5,254,200 murid seluruh negara diberikan menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit, lapor Berita Harian.

“Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan bantuan ini dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

“Belanjawan 2024 memperuntuk RM788.13 juta khusus untuk tujuan itu. Setiap murid dibayar RM150 secara sekali bayar mulai Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit,” katanya.

Layari laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms yang disediakan Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Belanjawan 2024 memperuntuk RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved