Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan

16 Oct 2023 • 11:11 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
BAP akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing. Kredit foto: Sumber internet

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM berkata, bayaran itu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

"KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang," kata kementerian itu.

Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.

Ia akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved