Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 untuk setiap murid (sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.
Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bayaran tersebut akan dibayar bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.
Bantuan Awal Persekolahan

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.
“Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP dan bayaran RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar),” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
The post Bantuan Awal Persekolahan RM150 Dibayar Januari Depan appeared first on Borak Daily.

