Bantuan Blueprint Selangor ringankan kos, bantu peniaga makanan kembang perniagaan

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bantuan Blueprint Selangor ringankan kos, bantu peniaga makanan kembang perniagaan

KAJANG, 8 OKT: Masalah penyimpanan makanan beku yang sebelum ini membelenggu seorang peniaga makanan Barat di Kajang Utama kini dapat diatasi selepas menerima bantuan peralatan menerusi Inisiatif Blueprint Selangor.

Hairulsharizan Md Kamal yang mengusahakan perniagaan itu sejak empat tahun lalu berkata bantuan peti sejuk, mesin pengisar dan meja membolehkannya menguruskan operasi dengan lebih lancar, selain menjimatkan kos perniagaan.

Image from: Bantuan Blueprint Selangor ringankan kos, bantu peniaga makanan kembang perniagaan
Penerima Bantuan Blueprint, Hairulsharizan Md Kamal dalam penyampaian bantuan i-SEED dan Blueprint daerah Hulu Langat di Janko Wester, Seksyen 1, Taman Kajang Utama pada 8 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Bantuan ini amat membantu kerana sebelum ini saya menghadapi masalah untuk menyimpan makanan beku disebabkan tiada tempat penyimpanan yang sesuai.

“Dengan adanya peralatan ini, urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan pada masa sama dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan,” katanya kepada Media Selangor.

Hairulsharizan berkata beliau mengetahui mengenai inisiatif itu menerusi ketua kampung sebelum mengemukakan permohonan mengikut prosedur ditetapkan.

Image from: Bantuan Blueprint Selangor ringankan kos, bantu peniaga makanan kembang perniagaan
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Yb. David Cheong Kian Young Penerima Bantuan Blueprint, Hairulsharizan Md Kamal dalam penyampaian bantuan i-SEED dan Blueprint daerah Hulu Langat di Janko Wester, Seksyen 1, Taman Kajang Utama pada 8 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Menurutnya, bantuan berkenaan turut memberi dorongan untuk mengembangkan perniagaan pada masa depan.

“Saya merancang untuk mengembangkan perniagaan dan berharap Kerajaan Negeri dapat meneruskan inisiatif seperti ini supaya lebih ramai peniaga kecil menerima manfaat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata seramai 21 usahawan di Hulu Langat menerima bantuan Blueprint Selangor membabitkan peruntukan keseluruhan RM170,000.

Katanya, 22 lagi usahawan menerima manfaat menerusi Inisiatif Pembangunan Usahawan India Selangor (I-SEED) dengan peruntukan RM104,000.

Beliau yang turut menyantuni tiga penerima bantuan kedua-dua inisiatif itu berharap usaha berkenaan diteruskan bagi membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan serta meningkatkan ekonomi masyarakat.

“ Saya berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi membantu usahawan kecil serta menyokong perkembangan ekonomi masyarakat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved