Bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin Sabah mulai Februari

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 3:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Menerusi inisiatif yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini, Rabu.

Selain itu, Hajiji turut mengarahkan kesemua ketua jabatan untuk memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini bagi mengelak daripada menjadi projek sakit dan terbengkalai.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya menyeru kesemua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain termasuk pegawai daerah.

“Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti dan memastikan projek untuk rakyat disiapkan mengikut jadual,” katanya.