Bantuan RM300 Sebulan Untuk Golongan Miskin Di Sabah Bakal Diagihkan Mulai Februari Ini

22 Jan 2025 • 10:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Program ‘Sentuhan Kasih Rakyat’ Dilancarkan

Bantuan RM300 Sebulan Untuk Golongan Miskin Di Sabah Bakal Diagihkan Mulai Februari Ini. Sabah kini melangkah ke tahun 2025 dengan membawa sinar harapan buat golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Kerajaan negeri baru sahaja mengumumkan pelaksanaan program baharu dikenali sebagai ‘Sentuhan Kasih Rakyat’ yang akan bermula pada Februari 2025.

Apa yang menarik, program ini bakal memberikan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM300 kepada ketua isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar, serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun ke atas. Sasaran awalnya? Sebanyak 100,000 penerima akan menikmati manfaat ini.

image is not available

Harapan Baru untuk Golongan Memerlukan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menjelaskan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban kewangan mereka yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Program ini turut diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan matlamat utama: membantu rakyat Sabah menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Dengan pelaksanaan program ini, kami berharap ia dapat membantu golongan miskin dan miskin tegar yang amat memerlukan,” kata Hajiji selepas mesyuarat pasca-Kabinet di Menara Kinabalu.

Fokus pada Integriti dan Ketelusan

Dalam usaha memastikan kejayaan program ini, Hajiji turut mengarahkan ketua-ketua jabatan di negeri ini untuk memantau dengan rapi pelaksanaan projek pembangunan. “Saya menyeru semua pihak, bukan sahaja Jabatan Ketua Menteri, tetapi juga kementerian lain, untuk memastikan projek dilaksanakan dengan penuh integriti dan tidak bertukar menjadi projek sakit atau terbengkalai,” tambahnya.

Dengan integriti dan dedikasi yang tinggi, Sabah mahu memastikan program ini mencapai objektifnya tanpa sebarang isu birokrasi atau kelewatan.

Baca juga cerita semasa di bawah: