Bantuan eTunai RM100 akan disalurkan kepada rakyat Malaysia pada akhir tahun ini

19 Oct 2023 • 5:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah memberikan e-Tunai Belia Rahmah pada Jun lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan memberikan bantuan e-tunai sebanyak RM100 kepada golongan lebih luas. Tetapi pada waktu itu, tarikh pemberian masih tidak diberitahu.

Hari ini, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong, memaklumkan bahawa kerajaan akan menunaikan janji bagi memberi bantuan e-tunai RM100 kepada penerima yang layak pada bulan Disember nanti. Sementara itu, rakyat diminta untuk bersabar kerana janji akan ditunaikan.

image is not available

Sim menambah, inisiatif itu bukan sahaja membantu isi rumah penerima, tetapi juga kepada pasaran tempatan terutama peniaga kecil dan penjaja. Dia menjelaskan perkara ini ketika ditemuramah dalam program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV.

Pada bulan Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ketika majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat mengumumkan bahawa bantuan e-tunai RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia dewasa, berumur 21 tahun dan ke atas, untuk mereka yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan sekitar RM1 bilion.

image is not available
Pengumuman PMX di Peluncuran Ekonomi Madani pada 23 Julai

Perkara ini pastinya menjadi persoalan ramai kerana ia tidak disentuh langsung dalam pembentangan Belanjawan 2024 minggu lepas. Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia, hanya menyentuh tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dinaikkan peruntukan dari RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Berbeza dengan STR yang memberi wang terus ke dalam akaun bank pengguna, bantuan e-Tunai dijangka menggunakan konsep yang sama dengan eBelia Rahmah. Penerima yang layak akan menerima RM100 dalam bentuk kredit eWallet yang boleh dipiliha daripada penyedia perkhidmatan terpilih. Dalam eBelia Rahmah, hanya ada 3 penyedia eWallet iaitu Boost, Touch n Go eWallet dan Setel. Kredit ini hanya boleh dibelanjakan menerusi platform eWallet tersebut atau membayar menggunakan kod QR dan tidak boleh ditukar ganti kepada tunai atau diberi kepada orang lain. Inisiatif ini dibuat untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai.

image is not available

Bagaimanapun, kegusaran rakyat terhadap pembayaran tanpa tunai mula memuncak apabila beberapa bank mengumumkan bahawa mereka akan mula mengenakan caj untuk penggunaan DuitNow QR. Tidak lama kemudian, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan bahawa caj ini adalah untuk perniagaan sahaja dan tidak akan dikenakan kepada peniaga mikro dan kecil.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan