'Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu'

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu'
Gambar kecil: Mustapah (kiri) dan Baharuddin

KOTA TINGGI - Bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi dilihat mampu meringankan beban golongan berkenaan yang berdepan kemerosotan pendapatan sejak tiga tahun lalu.

Pengerusi Kereta Sewa Daerah Kota Tinggi, Mustapah Haleed berkata, insentif itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesukaran kewangan yang dihadapi pemandu teksi ketika ini.

Bagaimanapun, Mustapah berharap pemberian bantuan itu diselaraskan dengan baik dan mengutamakan pemandu yang masih memiliki permit sah.

“Bantuan ini sangat ditunggu-tunggu dan kita sambut baik usaha kerajaan membantu pemandu teksi yang terkesan akibat kemerosotan pendapatan.

“Sekurang-kurangnya kami dapat gunakan wang tersebut untuk bayar hutang atau sewa parkir di terminal. Sebelum ini kami terpaksa minta bantuan Ahli Parlimen Kota Tinggi untuk menjelaskan sewa parkir,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sementara itu, seorang pemandu teksi, Baharuddin Abu Bakar, 56, berkata, bantuan itu dapat digunakan untuk menyelenggarakan dan membaik pulih kenderaannya.

Ujarnya, kos penyelenggaraan dan pembaikan teksi memerlukan perbelanjaan besar, sekali gus menambah beban pemandu yang berdepan pendapatan tidak menentu.

“Alhamdulillah, kami gembira terima bantuan ini kerana teksi perlu diselenggara.

“Kami harap bantuan ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ramai pemandu teksi terutama di luar bandar semakin kurang pendapatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved