Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa diagih Rabu ini

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 3:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa diagih Rabu ini

PUTRAJAYA – Bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa akan mula diagihkan secara berfasa bermula pada Rabu ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, pengagihan bantuan itu akan dimulakan dengan kumpulan pertama yang diundang ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menerima baucar sebelum disusuli kumpulan lain secara berperingkat.

“Jadi, susulan daripada perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (menerusi Belanjawan 2027), maka bermula seawal Rabu ini, kita akan mengagihkan bantuan ini secara berfasa.

“Kita komited untuk memberikan bantuan dalam tempoh terdekat supaya pemandu beragama Hindu dapat bantuan ini sebelum Deepavali.

“Ada yang bertanya mengapa bantuan ini dapat diberi walaupun belanjawan baru sahaja dibentangkan, belum diluluskan. Saya nak memberikan penjelasan bahawa perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu, hasilnya sudah masuk untuk tahun ini, iaitu penjualan nombor siri atau NPI (Nombor Pendaftaran Istimewa) H,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bidaan nombor pendaftaran khas siri H mencatat kutipan sebanyak RM91.2 juta.- BERNAMA

The post Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa diagih Rabu ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved