Bantuan Khairul Aming diasingkan untuk agihan adil kepada mangsa banjir

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 7:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, menegaskan bahawa tindakan penghulu mengasingkan barangan bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh dan usahawan Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1 adalah wajar dan bertujuan memastikan agihan yang adil kepada semua mangsa banjir.

Beliau menjelaskan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan mungkin tidak mengetahui jumlah sebenar penghuni di PPS tersebut. Oleh itu, barangan yang diterima perlu diasingkan dan dibahagikan semula agar setiap mangsa mendapat bahagian yang sewajarnya.

“Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.

“Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan,” katanya memetik laporan Sinar Harian, Selasa.

Terdahulu, tular dakwaan di TikTok yang menyatakan barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan, menyebabkan mangsa banjir hanya menerima sebungkus biskut dan mi segera.

Abdullah Farizal menegaskan, sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, boleh tampil mengemukakannya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian