Mana ada catu! Penghulu adil agih barangan bantuan Khairul Aming kepada mangsa banjir

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 6:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mana ada catu barangan bantuan yang disumbangkan oleh pempengaruh, Khairul Aming kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1, menurut Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri.

Abdullah Farizal berkata, tindakan yang dilakukan oleh penghulu seperti mana didakwa baru-baru ini mengasingkan barangan bantuan daripada pempengaruh itu adalah betul.

image is not available

Mana ada catu barangan bantuan Khairul Aming!

Memetik laporan Sinar Harian, menurutnya, langkah yang dilakukan oleh penghulu berkenaan adalah bertujuan memastikan sebarang bentuk bantuan diagihkan secara adil kepada mangsa banjir.

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan.

image is not available

“Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.
“Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan,” katanya.

image is not available

Menurut beliau, pihak berkenaan boleh mengemukakan bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika betul ada dakwaan seperti itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan penghulu di kawasan terbabit telah mengasingkan dan mencatu bantuan yang diberikan oleh pihak Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat.

Perkara itu sudah tentu mengundang kemarahan orang ramai kerana merasakan penghulu terbabit menggunakan kuasa dengan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan mangsa banjir yang sangat memerlukan ketika ini.

image is not available

Sementara itu, Khairul Aming meminta pihak berkenaan untuk membuat laporan polis sekiranya wujud Ahli Jawatankuasa (AJK) catu barang bantuan yang diberi selain menyatakan tidak dapat masuk campur berkenaan isu tersebut kerana tidak mengetahui kesahihan perkara itu.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved