Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026: Isteri Dapat RM2,000, Anak RM1,000, Ini Syarat Kelayakan & Cara Mohon

LocalFamily & Parenting
2 Oct 2026 • 11:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026: Isteri Dapat RM2,000, Anak RM1,000, Ini Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM100,000 bagi meneruskan Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor Tahun 2026 bagi membantu wanita dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pihak yang diperintahkan membayar nafkah.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata, inisiatif bersama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) itu bertujuan memberikan kelegaan kewangan sementara kepada ibu dan anak-anak yang terjejas sementara proses penguatkuasaan undang-undang dijalankan.

Isteri dapat RM2,000, anak RM1,000

Menurutnya, bantuan berkenaan disalurkan secara one-off pada kadar RM2,000 bagi nafkah isteri dan RM1,000 bagi setiap anak.

“Bantuan ini adalah kelegaan sementara untuk memelihara kebajikan keluarga yang terjejas dan bukannya pengganti kewajipan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan nafkah.

“Saya menggesa sekalian bekas suami dan bapa untuk tidak lepas tangan dan bertanggungjawab sepenuhnya melunaskan nafkah yang diperintahkan,” katanya.

Syarat kelayakan bantuan Nafkah Selangor 2026

Program ini terbuka kepada individu beragama Islam yang bermastautin di Selangor dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan.

Pemohon juga mestilah mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa tetapi culas atau gagal dibayar oleh pihak yang diperintahkan.

Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh JAKESS serta Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Berapa Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

Bantuan diberikan secara one-off mengikut kadar yang ditetapkan iaitu:

  • RM2,000 bagi nafkah isteri

  • RM1,000 bagi setiap anak

Program berkenaan dianggarkan memberi manfaat kepada sehingga 50 keluarga.

Image from: Bantuan Nafkah Rahmah Selangor 2026: Isteri Dapat RM2,000, Anak RM1,000, Ini Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Kredit: Facebook Anfaal Saari
Baca juga:

Cara mohon bantuan Nafkah Selangor 2026

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Pemohon perlu mendapatkan semakan kelayakan dan menyerahkan borang permohonan melalui bahagian berkenaan.

Permohonan seterusnya tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh JAKESS dan JKSM.

Kerajaan Negeri Selangor menegaskan komitmennya untuk memastikan hak kebajikan wanita dan anak-anak terus terbela serta tidak terabai, khususnya bagi keluarga yang terjejas akibat kegagalan pembayaran nafkah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved