Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor Tahun 2026 bagi wanita dan anak-anak di Selangor berhak mendapat perlindungan yang sewajarnya dan permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
Berikut adalah maklumat dan info selanjutnya mengenai program bantuan ini.

Mengenai Bantuan Nafkah Rahmah Selangor
Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor merupakan bantuan bagi membantu wanita dan anak-anak yang mempunyai perintah nafkah daripada Mahkamah Sariah tetapi gagal menerima bayaran daripada penghutang penghakiman.
Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Kebaiikan Masyarakat dan Ekonomi Peniagaan Neger Selangor bagi memperkukuh perlindungan sosial seta kebajikan wanita dan kanak-kanak yang teraniaya.
Menerusi program bantuan ini, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 bagi pelaksaan program bantuan ini.
Program bantuan kewangan sementara ini dianggarkan bakal memberi manfaat kepada sehingga 50 keluarga yang terjejas
sementara proses penguatkuasaan undang-undang dijalankan.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan bantuan ini adalah untuk menyalurkan kelegaan sementara kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya, dan bukannya sebagai pengganti kewajipan bagi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan nafkah.


Bentuk Bantuan
Penyaluran bantuan ini akan dibuat secara one-off mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (BS) JAKESS, iaitu:
- Nafkah isteri: RM2,000.00
- Anak: RM1,000.00
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon program bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Selangor.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
- Mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa tetapi culas atau gagal dibayar oleh pihak penghutang.
- Memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Penyaluran Pendahuluan dan Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Cara Memohon
Pemohon boleh hadir terus ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) untuk menyemak kelayakan dan menyerahkan borang permohonan.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor?Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor ini ialah program bantuan bagi membantu wanita dan anak-anak yang mempunyai perintah nafkah daripada Mahkamah Sariah tetapi gagal menerima bayaran daripada penghutang penghakiman.
Adakah bantuan ini sebagai pengganti kepada suami yang tidak membayar nafkah?Program bantuan ini adalah untuk menyalurkan kelegaan sementara kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya, dan bukannya sebagai pengganti kewajipan bagi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menyediakan nafkah.
Penyaluran bantuan ini akan dibuat secara one-off iaitu:
– Nafkah isteri: RM2,000.00
– Anak: RM1,000.00
– Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Selangor.
– Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
– Mempunyai perintah nafkah Mahkamah Syariah yang masih berkuat kuasa tetapi culas atau gagal dibayar oleh pihak penghutang.
– Memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Penyaluran Pendahuluan dan Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Permohonan boleh dibuat dengan terus ke Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) untuk menyemak kelayakan dan menyerahkan borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Nafkah Rahmah Selangor, sila hubungi 03-5544 7150.
Baca juga: Senarai Nafkah Wajib Suami Untuk Isteri & Anak-anak (JAKIM)






