Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak Mula Disalur Menerusi SPay Pertengahan 2025

16 Apr 2025 • 9:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

SPay Jadi Saluran Rasmi Bantuan Pelajar Sarawak Bermula 2025

Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak Mula Disalur Menerusi SPay Pertengahan 2025. Bermula pertengahan tahun 2025, mereka akan mula menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM1,200 setahun, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata bahawa mekanisme penyaluran bantuan sedang dimuktamadkan dan ia akan diagihkan melalui aplikasi e-dompet tempatan, S Pay.

Dana ini tidak akan diberikan secara sekaligus kerana kita tidak mahu pelajar habiskan semuanya dalam sehari,” jelas beliau selepas merasmikan Pertandingan Inovasi STEM PinKS@UiTM 2025 di Kampus UiTM Kota Samarahan, semalam.

image is not available
Gambar sekadar illustrasi

Tujuan Bantuan: Ringankan Beban Sepanjang Pengajian

Inisiatif ini bertujuan sebagai subsidi jangka panjang untuk membantu pelajar Sarawak menguruskan perbelanjaan harian mereka sepanjang tempoh pengajian, bukannya sekadar pemberian tunai sementara.

Semasa lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Sagah turut berkongsi bahawa ramai pelajar Sarawak tidak sabar menantikan bantuan ini, menunjukkan keperluan yang mendesak untuk sokongan kewangan dalam kalangan pelajar perantauan.

Mengikut pengumuman bajet negeri Sarawak 2025 yang lalu, semua pelajar Sarawak yang berdaftar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara — tidak kira universiti awam atau swasta — layak menerima bantuan ini.

Baca juga sini: