Belanjawan 2027: Tambah peruntukan Program Jualan Rahmah Madani

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Tambah peruntukan Program Jualan Rahmah Madani

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap Kementerian Kewangan (MOF) mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi penganjuran Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pertambahan peruntukan berkenaan penting agar membolehkan inisiatif berkenaan diperluaskan berikutan sambutan menggalakkan dalam kalangan rakyat seluruh negara.

“Barangan yang ditawarkan PJRM lebih murah antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran. Ia merupakan antara intervensi kerajaan dalam membantu rakyat menangani isu kos sara hidup.

“Melihat respon yang amat baik daripada rakyat, oleh itu kita berharap dan memohon MOF mempertimbangkan untuk menambah peruntukan untuk tahun 2027,” katanya selepas Majlis Selawat dan Tadabbur Syukbah Wanita Parlimen Papar di Masjid Daerah Papar di sini hari ini.

Sementara itu Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar memaklumkan, jumlah transaksi PJRM turut menunjukkan peningkatan ketara daripada 9.2 juta pada 2023 kepada 12.8 juta pada 2024, sebelum meningkat kepada 27.5 juta pada 2025.

Menurutnya bermula 1 Januari hingga kepada 23 September tahun ini sahaja, jumlah transaksi di PJRM telah pun mencapai angka 31.8 juta pembelian di Jualan Rahmah kita di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Tambah peruntukan Program Jualan Rahmah Madani appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved