Bekas kakitangan Utusan disantuni, mohon bantuan kesihatan, sara hidup

LocalHealth & Fitness
27 Sep 2026 • 4:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bekas kakitangan Utusan disantuni, mohon bantuan kesihatan, sara hidup

PETALING JAYA: Bekas kakitangan Utusan, Abdul Rashid yang kini berdepan masalah kesihatan akan dibantu menerusi permohonan bantuan kesihatan dan sara hidup di bawah kerajaan Selangor.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini menziarahi Abdul Rashid yang kini tinggal berdua dengan isterinya, Khadijah di Taman Cheras Indah di ibu negara.

Beliau berkata, kunjungan bersama pasukan TZA dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu turut membantu memulakan permohonan bantuan yang bersesuaian untuk pasangan berkenaan.

Katanya, Abdul Rashid memerlukan pemeriksaan lanjut bagi masalah jantung manakala urusan rawatan dialisis juga perlu diberi perhatian.

“Semasa bekerja di Utusan, beliau berkongsi kisah hidup orang lain. Hari ini, Abdul Rashid pula berkongsi cerita hidupnya dengan saya.

“Pasukan saya akan membuat susulan supaya permohonan ini dapat diteruskan dan keperluan mereka diberi perhatian. 

Semoga urusan rawatan dipermudahkan dan kedua-duanya terus diberi kekuatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. –UTUSAN

The post Bekas kakitangan Utusan disantuni, mohon bantuan kesihatan, sara hidup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved