Banyak Berbakti Kepada Masyarakat, Wanita Tempatan Bangga Jalan Dinamakan Sempena Datuknya – “Ini Memang Jalan Atuk Saya..”

27 Mar 2025 • 1:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebiasaannya, orang akan selalu berkata “Ingat ini jalan datuk awak ke?” sebagai satu sindiran untuk menegur orang lain.

Walau bagaimanapun, seorang wanita tampil memberitahu bahawa memang ada jalan milik datuknya.

Seorang wanita berbangsa Cina-Malaysia, bernama keluarga Chan baru-baru ini telah pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor untuk menziarahi pusara nenek moyangnya.

image is not available

 

Ketika dia berdiri di sebuah jalan yang dinamakan sempena nama datuknya, dia tidak dapat menahan sebak apabila teringat akan jasa dan pengorbanan datuknya kepada masyarakat.

Memetik laporan WeirdKaya, wanita tersebut membuat satu perkongsian di platform media sosial China, Xiaohongshu dengan memuat naik gambar dirinya di sebelah papan tanda jalan yang tertera nama “Tien Min Wah”.

Menurutnya, jalan tersebut dinamakan sempena datuknya pada tahun 1977 sebagai penghormatan atas sumbangan dan jasa baktinya sepanjang hayat.

image is not available

Datuk saya bukan sahaja seorang ahli politik, malah pemimpin masyarakat Cina. Dia mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan sangat dihormati.

Dia turut memberitahu pada waktu itu, jarang sekali pemimpin masyarakat Cina diberikan penghormatan sebegitu.

Difahamkan, datuknya juga pernah menerima Pingat Ibrahim Sultan (BSI) dan Pingat Bakti Setia (PIS) daripada Sultan Johor sebagai pengiktirafan terhadap jasanya kepada masyarakat.

 

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 pemergian datuknya. Selepas menziarahi pusaranya, wanita itu meluangkan masa untuk singgah ke jalan yang dinamakan sempena datuknya untuk mengimbas kembali legasi yang telah ditinggalkan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Kita Semua Rakyat Malaysia, Tidak Perlu Label Type M, C Atau I.." - Senator Datuk Abdul Halim Suleiman