“Banyak brand aku tolak, ada yang nak saman” – Disenarai Dalam Blockout, Imran Bard Buka Mulut

Entertainment
17 May 2024 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, nama pempengaruh Imran Bard tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 kerana didakwa dia antara golongan yang membisu berhubung dengan kejadian berdarah yang berlaku di Rafah.

Terkilan dan geram dengan dakwaan netizen, Imran Bard baru-baru ini ada tampil membuat penjelasan yang sekaligus mendedahkan sesuatu perkara yang netizen tidak tahu.

 

Hadiahkan Azfar Heri beg tangan jenama boikot

Dalam penjelasannya menerusi satu video di TikTok, Imran Bard menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan dia ada memberikan hadiah berupa beg berjenama (yang dikaitkan dengan zionis) kepada Azfar Heri.

Dia menepis dakwaan itu kerana barang yang diberikan bukanlah beg tetapi sejenis alat solekan, lip gloss, biarpun ia daripada jenama tersebut, ia bukanlah hasil pembeliannya tetapi ia adalah hadiah pemberian daripada jenama tersebut.

Imran menegaskan bahawa dia tidaklah mempunyai wang sebegitu banyak untuk memberikan hadiah yang harganya belasan ribu ringgit, kerana dia sendiri banyak boikot produk-produk yang berkaitan Israel.

Hadirkan diri ke event jenama boikot

Menjawab dakwaan dirinya yang hadirkan diri ke majlis-majlis jenama yang diboikot, Imran menjawab, ia adalah asbab untuk mencari rezeki, jelasnya dalam sesebuah acara itu, akan ada banyak jenama-jenama terkemuka datang berkumpul termasuklah jenama yang diboikot.

“Takkanlah aku nak duduk rumah melepet je sebab boikot, aku kena pergi event, kenapa susah sangat nak faham? Dia takkan jadi masalah kalau aku tak post, tak promote. Kena cari alternatif lain, walaupun ada yang kata nanti Allah bagi rezeki lain, kita kita usaha. Sebelum nak boikot aku, kau fikir.”

Membisu pasal isu Palestin di media sosial

Imran turut menepis dakwaan dirinya yang dia tidak bersuara dan tidak membuat sebarang perkongsian tentang hal-hal Palestin di media sosial. Menurut Imran, sebenarnya dia banyak membuat perkongsian itu.

“Siapa cakap? Aku tak pernah post? Aku selalu je post? Dekat TikTok, dekat X, pergilah tengok! IG story, hari-hari.”

Bahkan dia juga menegaskan bahawa dia banyak menghadirkan diri dalam mana-mana acara solidariti.

Berdepan saman kerana boikot

Dalam pada itu, Imran juga mendedahkan yang dia banyak tolak tawaran bekerjasama dengan jenama-jenama terkemuka kerana boikot dan dia akui rasa buntu untuk cari duit.

“Kau tahu tak betapa banyaknya brand aku tolak, ada yang nak saman aku, legal act, aku kena masuk mahkamah, korang ada? Tak.”

Dalam pada itu, Imran menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu mempertikaikan perjuangan seseorang kerana setiap individu ada perjuangan masing-masing.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.