Banyak Kenderaan ‘Melekat’ Di LPT 2 Sampai Pemandu Keluar Kenderaan, Ini Punca Sebenar

LocalCars
18 Mar 2026 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, jalan di lebuhraya utama sudah mula sesak dan dibanjiri dengan banyak kenderaan sehingga aliran jadi perlahan.

Kebiasaanya perkara ini akan berlaku di aliran untuk menuju ke arah utara dan pantai timur dan perkara itu berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) pada hari ini.

Artikel berkaitan: Beruang Berguling Kesakitan, Dipercayai Kena Langgar Di LPT2

Dalam satu perkongsian tular di media sosial, dilihat aliran kereta tidak bergerak untuk jangka masa yang lama sehinggakan orang ramai terpaksa turun keluar daripada kenderaan mereka.

Bagaimanapun, Kosmo! melaporkan bahawa berlakunya kemalangan di lorong kanan KM 281.1 Utara dari Cheneh ke Cukai, difahamkan kesesakan kemalangan membabitkan sebuah lori sejak pagi tadi.

image is not available

Difahamkan, sebuah lori yang dipercayai membawa muatan guni terbalik di laluan berkenaan, sekali gus menyebabkan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan dijalankan pihak berkuasa.

image is not available

Situasi itulah yang membuatkan ramai pengguna jalan terpaksa keluar sementara menunggu aliran jalan kembali lancar.

Sumber: Facebook, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.