“Banyak Khabar Angin Buruk” – ‘Running Man’ Dinobat Program Terbaik Di ‘SBS Entertainment Awards 2023’

31 Dec 2023 • 12:35 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Walaupun melalui onak dan badai, namun “Running Man” terbukti masih popular sehingga kini.

Semalam telah berlangsung ‘SBS Entertainment Awards 2023’ di mana ianya menyambut pencapaian cemerlang kesemua program hiburan di saluran SBS.

Seperti jangkaan ramai, “Running Man” berjaya membawa pulang anugerah ‘Program Terbaik’ dan pengarah Choi Hyung-in tampil memberikan ucapan sambil diiringi kesemua ahli kecuali Ji Suk-jin,

Saya tahu khabar angin buruk lagi cepat tersebar berbanding yang baik. Saya ada 3 berita buat kalian. Tahun depan kami akan berusia 15 tahun, berita baik pertama ialah ‘Running Man’ telah donobat sebagai program terbaik secara atas talian selama 4 tahun berturut-turut. Berita kedua, Ji Suk-jin mungkin akan dapat kembali beraksi dalam masa terdekat ini. Dan yang ketiga, kami akan mencari tetamu sewaan, tak kisah sebulan atau dua bulan. Sila terima jemputan kami.

Dalam pada itu, wanita itu turut meminta semua orang menyebarkan kesemua berita baik ini buat netizen di luar sana.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.