Banyak Khabar Angin Tular, Kim Jongkook Buat Pengakuan Jujur Soal Status Hubungan Kini

23 Jan 2024 • 4:31 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah hampir berusia 50 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang status hubungan Kim Jong-kook kini.

Terbaru pada 23 Januari, Kim Jong-kook telah menghadiri sidang media untuk rancangan hiburan barunya “Make Handsome: Change! My Man” dan ada berkongsi mengenai status hubungannya kini.

Ketika di acara tersebut, lelaki itu ditanya,

Saya tahu bahawa awak sedang tidak menjalinkan hubungan sekarang. Adakah awak akan mengekalkan keadaan seperti ini dari segi fesyen dan dating?

image is not available

Respon Kim Jong-kook,

Melainkan ada perubahan besar, saya rasa ia akan diteruskan sehingga di masa hadapan. Bukankah mereka berkata bahawa jika sesuatu tiba-tiba berubah, awak akan mati?

Takpe Kim Jong-kook, tak perlu tergesa-gesa pun untuk berkahwin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.