‘Banyak lagi perlu disedihkan’ – Diana Danielle, kekasih putus cinta

EntertainmentLifestyle
15 Sep 2026 • 6:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Banyak lagi perlu disedihkan’ – Diana Danielle, kekasih putus cinta

PETALING JAYA – Ibarat baru semalam cinta mewangi, sesaat kemudian layu di hujung mekar, bahagia Diana Danielle tidak berpanjangan apabila mengesahkan hubungannya dengan kekasih yang dikenali sebagai Bern sudah pun berakhir.

Diana, 36, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan mereka kepada umum.

“Ya betul kenyataan itu (putus cinta). Saya ada sebab kenapa muat naik perkara tersebut walaupun saya tak ‘prefer’.

“Saya cuma nak fokus bergerak ke hadapan.Tidak perlu tanya punca kami putus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Tambah Diana, dia menyifatkan Bern sebagai jejaka yang baik sepanjang tempoh perkenalan mereka.

“Dia orang yang sangat baik cuma keputusan ini yang terbaik.

“Semua ini untuk kebaikan kami berdua,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan dirinya, Diana memberitahu semuanya dalam keadaan baik.

“Saya okey saja. Banyak lagi dalam hidup ini untuk disedihkan,” jelasnya.

Terdahulu, Diana menuai perhatian ramai apabila memuat naik hantaran dirinya kini solo.

“Solo dan bergerak ke hadapan. Ini yang terbaik,” katanya lagi.

Semalam, Diana memberitahu akan berkongsi khabar gembira sekiranya mahu mendirikan rumah tangga dengan Bern yang juga seorang ahli perniagaan.

Bern juga semalam dilihat turut menemani Diana pada majlis malam gala filem terbaharunya, Terbang.

Terdahulu, Diana terbuka berkongsi kisah peribadi apabila mengesahkan lelaki yang sering menemaninya merupakan teman istimewa iaitu Bern sejak tahun lalu.

Dia juga memberitahu hubungan bersama Bern bermula hanya selepas tamat tempoh idah semasa perceraian keduanya dengan bekas suami, Farid Kamil pada 23 Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Banyak lagi perlu disedihkan’ – Diana Danielle, kekasih putus cinta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved