Banyak Persoalan, Ma Dongseok Perjelas Sebab Baru Nak Adakan Majlis Meskipun Dah 3 Tahun Kahwin

Entertainment
19 Apr 2024 • 10:35 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 3 tahun berkahwin, Ma Dong-seok dan isterinya Ye Jung-hwa akan mengadakan majlis perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, Ma Dong-seok telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tayangan filemnya akan datang iaitu “The Roundup: Punishment”.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu sempat berkongsi sebab dia membuat keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan meskipun sudah 3 tahun berkahwin.

image is not available

Jelasnya,

Kami berdua tidak berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan pada mulanya. Isteri saya berkata ‘Kami boleh hidup tanpa itu. Membina kehidupan yang baik bersama adalah yang penting’. Tetapi, ibu bapa dari kedua-dua pihak menginginkannya, jadi kami memutuskan untuk adakan majlis kecil-kecilan.

Kena turuti la kan permintaan ibu bapa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.