
Banyak Pesanan Masuk, “Rider” Bergilir-gilir Tolong Jaga & Dodoi Anak Pemilik Restoran
Sekumpulan penghantar makanan atau rider p-hailling di China bergilir-gilir menjaga anak pemilik restoran yang hendak menyiapkan pesanan pelanggan.
Menurut Must Share News, tindakan kumpulan penghantar makanan tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan.
Video itu kemudian dimuat naik di media sosial tempatan dan berjaya menarik perhatian warganet sehingga menjadi tular.
Dalam laporan media tempatan, pada awalnya hanya terdapat dua orang penghantar makanan dalam restoran berkenaan.
Bagaimanapun disebabkan banyak pesanan yang mahu disiapkan, pemilik restoran kemudian meminta kedua-dua penghantar makanan itu untuk menjaga seketika bayi mereka yang baru berusia 2 bulan.
Nak siapkan banyak pesanan, rider bergilir-gilir tolong jaga anak pemilik restoran
Ketika itu, bayi mereka diletakkan di dalam kereta sorong dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Apabila pesanan mereka disiapkan dan beredar dari restoran tersebut, bayi berkenaan kemudian dijaga oleh penghantar makanan lain yang baru tiba.
Menurut laporan media tempatan, lebih daripada 10 orang penghantar makanan dirakam bergilir-gilir menjaga bayi tersebut pada hari berkenaan.
@chinafocusofficial A restaurant in China’s Henan Province was bustling, and the owner, swamped with orders, couldn’t tend to her child. The deliverymen who were waiting for pickups took turns rocking the stroller and comforting the baby.
Pemilik restoran itu juga dikatakan mengenali semua penghantar-penghantar makanan tersebut.
Difahamkan, restoran berkenaan diusahakan oleh pasangan suami isteri dan mereka berdepan kesukaran untuk menyiapkan pesanan dengan pantas apabila banyak pesanan yang masuk.
Hal ini kerana, salah seorang daripada mereka perlu menjaga dan memantau bayi tersebut setiap masa.
Rider galas tanggungjawab ‘part time’, jaga anak pemilik restoran nak siapkan banyak pesanan
Oleh itu, penghantar-penghantar makanan berkenaan mengambil inisiatif untuk menjaga anak mereka bagi membolehkan pesanan dapat disiapkan dengan lebih cepat.
Malah, ada sebahagian daripada penghantar makanan itu tidak kekok untuk menggalas ‘tanggungjawab’ tersebut kerana sudah pun bergelar bapa.
Dalam pada itu, warganet turut menyifatkan semua penghantar makanan dalam rakaman CCTV utu sebagai individu yang prihatin sehinggakan ada yang mahu memberi ganjaran wang tunai kepada mereka.
BACA: Laporan Ketua Audit Negara Saran Kementerian Rujuk HRD Corp Ke Agensi Penguatkuasaan Berkaitan
Sumber: Must Share News
The post Banyak Pesanan Masuk, “Rider” Bergilir-gilir Tolong Jaga & Dodoi Anak Pemilik Restoran appeared first on Siakap Keli.


