Tular Kes Termakan Daging Babi, Ini Penjelasan Mufti – “Jika Makan Tanpa Diketahui Maka Dia Tak Dianggap Berdosa…”

5 Jun 2024 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular tentang kisah di mana kanak-kanak termakan daging babi selepas penghantar makanan tersalah hantar ke rumah mereka.

Lelaki tersebut membuat pesanan menu mee tarik untuk anak-anaknya di rumah memandangkan isteri sibuk sedang terlibat dengan kelas atas talian.

Anak anak tengah lapar. Ayah pesan untuk anak di rumah, anak terima dan makan saja. Resit pula diletakkan di bawah sekali dalam plastik.

image is not available

 

Tak dianggap berdosa

Selepas tular tentang kejadian itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor memberi penjelasan berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.

Seseorang Muslim yang termakan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya, maka dia tidak dianggap berdosa.

image is not available

 

Jika tahu termakan dan mampu muntahkan, buatlah begitu

Tambahnya, firman Allah SWT bermaksud ‘dan tidaklah berdosa ke atas kamu dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (berdosa) dalam apa yang disengajakan oleh hati kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang (Surah al-Ahzab ayat 5)’.

Ulama menasihatkan, jika seorang Muslim mengetahui bahawa dia sudah termakan daging babi dan mampu memuntahkannya maka dia hendaklah berbuat demikian.

image is not available

image is not available 5 months ago

"Lain Macam Tekstur Tu, Ba Alif Ba Ya Ke?" - Dituduh Rindu Makan Daging Babi, Adam Corrie Bersuara....