Mufti Pulau Pinang Jawab Isu Anak Termakan Daging Babi, Apa Yang Perlu Dibuat?

5 Jun 2024 • 12:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
daging babi

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah anak pelanggan termakan daging babi selepas penghantar makanan tersalah hantar hidangan yang dipesan.

Difahamkan hidangan yang dipesan adalah mee tarik namun makanan yang sampai adalah roasted chicken rice dan roasted pork.

Ketika makanan tiba, si ibu sedang sibuk menguruskan kelas dalam talian dan anak-anak yang kelaparan terus makan je.

image is not available

Selepas tular tentang kejadian itu, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor memberi penjelasan berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.

Seseorang Muslim yang termakan daging babi secara tidak sengaja atau tanpa diketahuinya, maka dia tidak dianggap berdosa.

Tambahnya, firman Allah SWT bermaksud ‘dan tidaklah berdosa ke atas kamu dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (berdosa) dalam apa yang disengajakan oleh hati kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang (Surah al-Ahzab ayat 5)’.

Kata beliau lagi, ulama ada menasihatkan jika seorang Muslim menyedari bahawa dia sudah termakan daging babi dan mampu memuntahkannya, maka seseorang itu hendaklah berbuat demikian.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.