Banyak Pilihan Untuk Hidangan Raya, Kilang Kacang Tabuan Foochow Jadi Tumpuan Warga Kuching

5 Apr 2023 • 11:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Korang tengah mencari biskut-biskut untuk raya ke tu?

Banyak Pilihan Untuk Hidangan Raya, Kilang Kacang Tabuan Foochow Jadi Tumpuan Warga Kuching. Menjelang bulan Ramadan, warga muslim pasti ada yang sedang usha biskut-biskut dan kekacang untuk dihidangkan masa raya nanti.

Dan buat di Kuching, salah satu tumpuan utama untuk mencari hidangan biskut untuk tetamu semasa raya nanti adalah Kilang Kacang yang terkenal di Tabuan Foochow.

image is not available
Banyak Pilihan Untuk Hidangan Raya, Kilang Kacang Tabuan Foochow Jadi Tumpuan Warga Kuching. Kredit: FB Ajid San

Di sini menjadi tempat wajib untuk membeli hidangan raya nanti

Kilang Kacang atau syarikat Sin Thai Guan ini sering menjadi tempat persinggahan untuk membeli dan memborong snek setiap kali nak masuk musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan juga Gawai.

Kilang ini terletak di Jalan Foochow, dan telah menjadi destinasi wajib bagi warga Kuching dan pengunjung dari luar bandar yang mencari hidangan perayaan pada harga yang murah.

Antara hidangan yang menjadi tumpuan adalah sotong merah, kacang pistachio, maruku dan banyak lagi!

Kilang Kacang Tabuan Foochow menjadi pilihan utama warga Kuching

Selain daripada pelbagai jenis makanan dan snek, harga yang berpatutan dan perkhidmatan pelanggan yang mesra juga menjadi faktor yang menarik bagi pelanggan setia Kilang Kacang Tabuan Foochow.

Dengan pelbagai hidangan ikonik yang ditawarkan, Kilang Kacang Tabuan Foochow menjadi pilihan utama warga Kuching untuk memenuhi kehendak hidangan raya mereka.

image is not available
Kredit: FB makansiasitok

Lokasi: Kilang Kacang (Syarikat Sin Thai Guan) 415, Jalan Foochow 1, Taman Orchid, 93300 Kuching
Waktu beroperasi: (8.00pagi- 6.00 petang) Setiap hari kecuali hari Ahad

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah: