Banyak terpalit isu curang, netizen saran TV sekat kemunculan Aliff Aziz

23 Apr 2024 • 10:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
sekat kemunculan Aliff Aziz

Deretan kontroversi dan kes curang yang terpalit sejak kehadirannya dalam industri hiburan Malaysia, netizen saran pihak berwajib sekat kemunculan Aliff Aziz terutamanya di kaca televisyen ataupun mana-mana drama dilakonkan olehnya.

Banyak sangat cerita boleh merosakkan akhlak

Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna dikenali sebagai ZacZakirin13 di paltform X, pada awalnya dia tidak berminat untuk mengambil tahu tentang kontroversi melibatkan selebriti asal Singapura itu.

Namun, ia menjadi terlalu kerap sehingga pastinya dapat merosakkan akhlak masyarakat.

image is not available

Saran kementerian & TB sekat kemunculan Aliff Aziz

Membalas ciapan yang berkongsi tentang isu terbaru selebriti itu dengan seorang wanita yang mengaku sebagai kekasihnya, pengguna X berkenaan menyarankan pihak berwajib seperti kementerian ataupun pihak televisyen untuk sekat kemunculan Aliff Aziz di mana-mana drama ataupun TV.

Mana tidaknya, kontroversi-kontroversi tersebut pastinya menjatuhkan maruah agama susulan berita kecurangannya terhadap isteri yang sudah berulang berbelas kali.

“Tapi.. bila selalu lalu cerita² yg merosakkan akhlak masyarakat ni, aku rasa sudah tiba masanya pihak Kementerian atau pihak berwajib BAN si Alif Aziz dari keluar mana² TV atau drama di Malaysia.

“Serious menjatuhkan maruah agama,” tulisnya.

image is not available

Sekat kemunculan Aliff Aziz, tarik permit kerja

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan netizen yang lain turut memberi respon keatas ciapan berkenaan.

Ada juga menyarankan agar permit kerja yang digunakan oleh Aliff Aziz untuk bekerja di Malaysia ditarik balik susulan pelbagai kontroversi melibatkan namanya.

image is not available

Bukan Aliff je patut kena banned, Ruhainies juga

image is not available

Dah banyak kali peluang diberi

image is not available

Stesen TV dan radio kena banned dia

image is not available

Patut buat macam RTM dulu, gam artis bermasalah

image is not available

Dulu Faizal Tahir kena teruk kot

image is not available

Patut pulangkan dia ke Singapura

image is not available

Terdahulu, seorang wanita telah tampil mengaku sebagai kekasih kepada Aliff Aziz sejak tahun 2024. Dia membuat pendedahan tersebut bertujuan kerana kecewa memandangkan rasa dicurangi selepas aktor terbabit turut menjalinkan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai NRF.

Ujarnya, Aliff dan NRF dikatakan merancang mahu menjatuhkan Bella Astillah yang juga masih isteri kepada pelakon lelaki terbabit.