Bapa anak 10 didenda RM12,000 kerana miliki ketum

6 Nov 2026 • 5:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bapa anak 10 didenda RM12,000 kerana miliki ketum

Kota Kinabalu: Seorang bapa kepada 10 anak berusia 53 tahun didenda RM12,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memiliki 10,290 mililiter bahan psikotropik yang mengandungi mitragynine atau dikenali sebagai ketum.

Petani Jeffry Joanes mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain selepas pertuduhan dan fakta kes dibacakan kepadanya dalam bahasa Dusun.

Jeffry didapati memiliki ketum berkenaan kira-kira jam 5 petang pada 7 Ogos tahun ini di sebuah rumah di Kampung Bongkud, Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) Akta sama itu memperuntukkan hukuman denda maksimumRM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dalam rayuannya, Jeffry memohon hukuman denda minimum dengan alasan dia perlu menanggung 10 anaknya manakala isterinya tidak bekerja.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan dengan mengambil kira kepentingan awam dan kejadian kesalahan seumpama itu yang berleluasa.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Jeffry ditahan selepas polis menyerbu rumah berkenaan susulan maklumat yang diterima dan menemui ketum di lokasi itu.

Siasatan mendapati Jeffry mengaku bahawa ketum berkenaan adalah miliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved