Lelaki gaji PTI Filipina didenda RM10,000

5 Nov 2026 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki gaji PTI Filipina didenda RM10,000

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana menggaji seorang wanita Filipina tanpa dokumen sah.

Yap Vui Shen mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Dia didapati menggaji wanita berkenaan, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, di Kedai Kopi Syarikat Yu Kee, Jalan Gaya, di sini, kira-kira jam 2.20 petang pada 21 Julai tahun ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 itu memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja tanpa dokumen sah, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, 11 individu dijatuhi hukuman kerana memasuki Sabah tanpa dokumen yang sah.

Mereka terdiri daripada empat lelaki warga Filipina, tiga lelaki warga Indonesia, dua lelaki warga Pakistan, seorang wanita warga Indonesia dan seorang wanita warga Filipina.

Empat lelaki warga Filipina, tiga lelaki warga Indonesia, dua lelaki warga Pakistan dan wanita warga Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh tangkapan selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini secara haram.

Wanita warga Filipina yang mengaku melakukan kesalahan sama pula didenda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Selepas selesai menjalani hukuman masing-masing atau membayar denda, kesemua 11 individu itu diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Chin Tze Mee mengendalikan pendakwaan kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved