Bapa & anak sama2 dituduh khalwat, netizen respon -“Mana tumpahnya kuah…”

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 8:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
netizen respon

Netizen respon kes khalwat anak beranak dengan pasangan masing-masing apabila mengibaratkannya seperti pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”.

Memetik perkongsian dari Buletin TV3, ramai yang meninggalkan respon tersebut di ruangan komen posting berkenaan kerana kes tersebut dilihat jarang-jarang berlaku.

https://x.com/buletintv3/status/1866033817640640633?s=46&t=xZM96iNgfiVs6zw_2d0t3w

Netizen respon kes khalwat bapa & anak dengan pasangan masing2

Mana tidaknya, anak beranak tersebut difahamkan telah dituduh berkhalwat dengan pasangan masing-masing selepas dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu secara berasingan.

Ada juga netizen yang merasakan apa yang dilakukan anak adalah cerminan bapa susulan mengikuti jejak langkah yang sama memandangkan dituduh dengan kesalahan yang hampir sama.

image is not available

Netizen respon,”bapa borek anak rintik”

image is not available

Mana nak letak muka

Tak hanya itu, sesetengah netizen turut merasakan tindakan tersebut sangat memalukan dan akui ‘sakit kepala’ dengan situasi yang dihadapi kini dengan berita-berita yang cukup membimbangkan.

image is not available

Keluarga sama2 macam gini pula

image is not available

Auto sakit kepala baca

image is not available

Anak 2 kali khalwat, kini dah nikah

Terdahulu, berita melaporkan, seorang pelajar, Nur Hadhari Mat Husin, 20 telah didakwa melakukan kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 dengan Che Mohammad Aidil Hakim Rozali yang juga berusia 20 tahun.

Difahamkan, pada 1 Februari lalu, mereka telah diberkas kerana berkhalwat kali pertama di sebuah apartment dan didapati melakukan kesalahan sama buat kali kedua pada 4.15 pagi, 18 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya telah berkahwin pada 1 Julai lalu dan Hakim Syarie, Hamidi Shafie memerintahkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda ke atas Mohammad Aidil Hakim dan RM3,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda kepada Nur Hadhari.

image is not available

Bapa ditangkap berduaan dengan isteri orang

Sementara itu, bapa kepada Nur Hadhari, Mat Husin Sulaiman, 53 tahun yang merupakan tukang urut dan pasangannya, Aslina Razali, 37 tahun didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Mereka didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini pada pukul 5.25 petang, 19 Mei lalu.

image is not available

Mengikut fatwa kes, Mat Husin berkain batik manakala pasangannya yang masih isteri orang didapati hanya bertuala sewaktu diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT).

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: X Buletin TV3