Baru Terima Sijil Halal, Netizen Tanya Makanan Sebelum Ni Tak Halal Ke? Ini Respon Khairul Aming

LocalFood
22 Nov 2024 • 4:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi dua produk terkenalnya Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi.

Namun, terdapat netizen yang mempersoalkan status ‘halal’ produk tersebut sebelum memperoleh sijil itu secara rasmi.

Khairul Aming tampil beri penjelasan

image is not available
Kredit foto: Khairul Aming

Menerusi ciapan di aplikasi X, Khairul Aming berkata ketiadaan sijil halal sebelum ini tidak bermaksud makanan yang dijualnya tidak memenuhi status halal.

Beliau menjelaskan pembinaan kilangnya itu bermula daripada kosong, maka syarikatnya memerlukan masa untuk menyiapkan production line dengan sempurna. Khairul Aming juga memaklumkan proses ini sebenarnya telah diuruskan secara berperingkat.

First kita dapatkan sijil MeSTI KKM, lepas tu kita mohon halal, and selepas ni kita apply sijil lain yang seterusnya. Step by step.-Katanya

Beri jaminan produknya halal

image is not available
Kredit foto: Khairul Aming

Khairul Aming juga berkongsi bahawa produknya ini dijamin halal kerana dia pun inginkan makanan yang halal. Beliau juga menerangkan keperluan mengambil sijil halal ini untuk meningkatkan keyakinan pembeli dan peluang mengembangkan perniagaan.

Sijil halal ni kita mohon sebab nak naikkan taraf kilang dan nak bagi keyakinan yang kilang kita, supplier kita, dan proses masakan kita bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga disahkan halal semuanya.

Now dah dapat sijil halal kita dah boleh plan untuk expand ke market yang lebih besar lagi inshaAllah.-Jelasnya

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X Khairul Aming