Bapa Baby Adham Dedah Emosi Isterinya Tak Stabil Selepas Insiden Di Hospital

Entertainment
13 Dec 2024 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malam tadi, bapa kepada bayi Adham Mikail iaitu Safwan Roshdy bersama peguam Datuk Ahmad Zaharil mengadakan satu sesi temu bual di Kota Damansara berhubung kes anaknya ‘disimpan’ dua minggu oleh hospital swasta.

Safwan memberitahu isterinya kini dalam keadaan tertekan selepas insiden yang berlaku terhadap arwah anaknya itu.

Insiden itu juga menyebabkan isterinya mengalami kemurungan teruk sehingga sukar melelapkan mata.

Jelas Safwan, dia tidak mahu mendedahkan identiti isterinya untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk berlaku.

“Saya dan isteri sudah bermalam-malam tidak tidur, memang susah nak tidur kerana asyik fikirkan kejadian yang menimpa anak kami.

“Keadaan isteri saya memang agak teruk sekarang ini, hinggakan saya ambil keputusan supaya tidak mendedahkan dia kepada umum. Cukuplah saya seorang. Biarlah dia berehat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dalam pada itu, Safwan turut meluahkan rasa kecewanya terhadap kenyataan pihak hospital dan mengharapkan pembelaan buat anaknya.

“Di mana nilai kemanusiaan? Sehingga hari ini memang pihak hospital tidak berjumpa dengan saya untuk memohon maaf atau menerangkan keadaan sebenar.

“Apa salah saya? Apa dosa anak saya? Saya tahu anak saya macam tu (dilahirkan tidak cukup sifat) tapi kenapa kena buat saya macam tu sekali?” luahnya.

Kes kematian Adham Mikail mula mendapat perhatian apabila jenazah bayi itu ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta disebabkan bapanya tidak mempunyai cukup wang untuk membayar bil berjumlah RM3,600.

Sumber: Astro Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.