Tragedi Bayi Dibekukan 16 Hari: Ibu Dalam Keadaan Tertekan, Beberapa Malam Tak Tidur

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 4:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bayi beku

Kes kematian bayi, Muhammad Adham Mikail, terus menjadi perhatian apabila bapanya, Safwan Roshdy, mendedahkan keadaan isterinya yang kini tertekan.

Memetik laporan Astro Gempak, Safwan terpaksa merahsiakan identiti isterinya buat masa ini disebabkan keadaan wanita itu yang masih belum stabil.

Isteri tertekan, keadaan tidak stabil

Safwan mahu isterinya berehat dan cukuplah dia seorang sahaja yang tampil ke hadapan.

Saya dan isteri sudah bermalam-malam tak tidur, memang susah nak tidur kerana asyik fikirkan kejadian yang menimpa anak kami. Kenapa mereka buat begitu?

Menurut Safwan, sehingga ke hari ini pihak hospital tidak pernah menghubunginya untuk memohon maaf atas insiden itu.

Hospital tidak minta maaf

image is not available

Lebih mengecewakan, beliau mendakwa isterinya dikutuk oleh pihak hospital kerana melahirkan anak yang tidak sempurna.

Terdahulu, peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memberi amaran kepada pihak yang membuat dakwaan tidak berasas di media sosial untuk memadam kenyataan mereka dalam tempoh tiga jam.

Beliua menyatakan bahawa tindakan undang-undang sedang diusahakan untuk memastikan hak keluarga ini terbela.

#OhmediaNasihat

Diharapkan ibu bapa kepada bayi tidak berdosa ini mendapat pembelaan sewajarnya. Sama-sama kita tunggu hasil siasatan KKM berhubung kes ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak