
Bapa Bintang Muda Euro 2024, Lamine Yamal Cedera Parah Akibat Ditikam
Bapa kepada bintang muda Euro 2024, Lamine Yamal mengalami kecederaan parah selepas ditikam di tempat letak kereta, menurut laporan di Sepanyol.
Kejadian malang menimpa Mounir Nasraoui, 35, itu dilaporkan berlaku di sebuah tempat letak kereta di Mataró, Catalonia, pada Rabu.
Nasraoui kemudiannya dikejarkan ke Hospital Can Ruti di bandar berdekatan Badalona dan diagnosisnya adalah “serius”.
Pasukan polis Catalonia, Mossos d’Esquadra, mengetahui siasatan ke atas insiden terbabit dengan kerjasama pasukan polis perbandaran Mataro.
Difahamkan, siasatan masih berjalan dan tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Polis juga kini giat meneruskan usaha mencari seorang lagi individu yang dipercayai terlibat sama dalam insiden terbabit.
Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan bahawa Nasraoui telah dibenarkan pulang ke kediamannya.
Terdahulu, Nasraoui baru sahaja menyaksikan anaknya dinobatkan sebagai pemain termuda beraksi dalam final Euro 2024.

Yamal menjaringkan gol di Euro 2024 ketika perlawanan menentang Perancis, membantu pasukannya mara ke final di mana mereka berjaya menewaskan England.
Sumber: The Mirror, The Guardian
The post Bapa Bintang Muda Euro 2024, Lamine Yamal Cedera Parah Akibat Ditikam appeared first on Siakap Keli.



