Beberapa Hari La Liga Bermula, Bapa Lamine Yamal Ditikam Di Tempat Letak Kereta

15 Aug 2024 • 1:21 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Mounir Nasraoui, bapa kepada pemain bola sepak popular Lamine Yamal cedera selepas ditikam dalam satu serangan di tempat letak kereta di Barcelona, Sepanyol.

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh akhbar La Vanguardia, Mounir ditikam beberapa kali ketika insiden terbabit.

Disebabkan kecederaan yang dialami, Mounir kemudian dikejarkan ke hospital Universiti Pujol di Badalona, Sepanyol.

Difahamkan, pihak polis Sepanyol sedang giat menjalankan siasatan mengenai insiden tikaman berkenaan. Menerusi laporan awal, terdapat beberapa individu yang terlibat dalam serangan terbabit dan beberapa suspek telah ditahan.

Dalam masa sama, sepotong rakaman video yang memperlihatkan Mounir berbalah dengan jirannya.

Kejadian tersebut berlaku beberapa hari sebelum La Liga musim 2024/25 bermula.

Lamine Yamal dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik Euro 2024 disebabkan prestasi luar biasanya dengan La Roja.