Bapa Dipenjara 12 Bulan Sebab Ugut Anak 13 Tahun Solat, Guna Pisau

16 Oct 2023 • 6:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa dari Sabah telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya pada Ogos lalu.

Majistret, Don Stiwin Malanjum memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, Ardi Aris, 32. Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya yang berusia 13 tahun di rumah keluarga mereka yang terletak di Batu 8 Jalan Tiku, dekat sini jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.

Menerusi laporan Buletin TV3, kejadian ini berlaku ketika tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, dia tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum mengacu serta mengarahkannya menunaikan solat.

Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun menuruti arahan bapanya itu, ibu saudaranya terus menghubungi pihak polis. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

image is not available

Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin melakukan pendakwaan itu, bagaimanapun tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta sudah bercerai dengan isterinya, sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon kepada mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.

Dalam pada itu, mahkamah telah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 4 Ogos 2023.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.