Bapa Dipenjara Setahun Sebab Paksa Anak 13 tahun Solat

16 Oct 2023 • 4:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bapa dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana paksa anak 13 tahun solat dengan melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Ardi Aris, 32, mengaku bersalah atas kesalahan tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, Ardi bertindak mengacukan sebilah pisau terhadap anak lelakinya, Zack Azroy, 13, dengan niat mendatangkan ketakutan di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Tiku, dekat sini jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.

Disebabkan itu, dia telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Paksa anak 13 tahun solat
image is not available

Sumber gambar: Berita Harian

Menceritakan kejadian, tertuduh telah datang ke rumah bekas iparnya dan secara tiba-tiba mengacukan sebilah pisau yang diambil di dapur lalu mengarahkan mangsa untuk menunaikan solat.

Mangsa kemudiannya menuruti arahan tersebut sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis untuk diambil tindakan undang-undang.

image is not available

Gambar hiasan

Tertuduh yang bekerja di premis mencuci kereta dikatakan pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.

Malah, Ardi yang sudah bercerai dengan isterinya meminta pihak mahkamah untuk meringankan hukumannya atas alasan sudah insaf dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023.

Sumber: Berita Harian (Abdul Rahemang Taiming)