Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000

29 Jul 2026 • 4:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000
Tertuduh (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu atas pertuduhan mencuri tujuh bungkus Nescafe di sebuah kedai serbaneka, tiga minggu lalu.
Image from: Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000
Tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bekerja menjual ayam goreng di pasar malam di Jasin dengan pendapatan tidak tetap serta mencuri kopi berkenaan kerana kesempitan kewangan bagi menampung keperluan keluarga.
Image from: Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencuri tujuh bungkus kopi jenama Nescafe bernilai RM105.70 di sebuah kedai serbaneka 24 jam.
Image from: Bapa empat anak curi tujuh pek Nescafe dihukum penjara, denda RM2,000
Tertuduh menginsafi perbuatan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

MELAKA - Seorang peniaga pasar malam dipenjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah mencuri tujuh bungkus Nescafe di sebuah kedai serbaneka, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Nazarudin Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mencuri tujuh bungkus kopi jenama Nescafe bernilai RM105.70 di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Cheng Indah dalam daerah Melaka Tengah pada jam 8.21 malam, 7 Julai lalu.

**media[3598700]**

Perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pihak kedai mendapati kehilangan tujuh peket kopi yang dipamerkan di rak sebelum semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh memasukkan barangan tersebut ke dalam seluarnya dan menutupnya menggunakan baju sebelum keluar dari premis tanpa membuat pembayaran di kaunter.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa dan kos mahkamah.

**media[3598824]**

Menurutnya, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bekerja menjual ayam goreng di pasar malam di Jasin dengan pendapatan tidak tetap serta mencuri kopi berkenaan kerana kesempitan kewangan bagi menampung keperluan keluarga.

Ujarnya, tertuduh menginsafi perbuatan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, S Thivia memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran dan pencegahan memandangkan kesalahan itu dilakukan bukan atas keperluan mendesak, sebaliknya melibatkan kehendak bagi kegunaan rumah.

**media[3598825]**

Beliau turut menegaskan Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mandatori penjara dan denda serta berharap hukuman yang dijatuhkan dapat menjadi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malah contoh yang baik kepada anak-anaknya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut dan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved