Bapa empat anak nafi rompak berkumpulan, larikan RM20,000

8 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bapa empat anak nafi rompak berkumpulan, larikan RM20,000

MELAKA – Seorang bapa empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan melakukan rompak secara berkumpulan dengan melarikan wang tunai sebanyak RM20,000, bulan lalu.

Tertuduh, Soh Yong Zhao, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama empat orang yang masih bebas didakwa telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun dengan merompak wang tunai sebanyak RM20,000.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2 pagi di No 61, Jalan MP 6, Melaka Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Ogos 2026.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 serta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Peguam Azlin Othman yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri dan perlu menanggung isteri serta empat orang anak yang masih kecil.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah membenarkam tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dan bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh 12 Oktober depan.-KOSMO! ONLINE

The post Bapa empat anak nafi rompak berkumpulan, larikan RM20,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved