Peniaga didakwa ‘sentuh’ anak tiri dua kali

8 Sep 2026 • 12:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peniaga didakwa ‘sentuh’ anak tiri dua kali

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Tertuduh, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki tersebut didakwa merogol anak perempuan tirinya di sebuah kedai di daerah Kuala Nerus pada pukul 4.30 petang, Julai 2013.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di sebuah kedai lain di daerah Kuala Nerus pada pukul 12 tengah hari, Disember 2013.

Mahkamah membenarkan peniaga terbabit dibebaskan dengan wang jaminan RM20,000 dan seorang penjamin serta tidak mengganggu mangsa selaian melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga prosiding selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli. – KOSMO! ONLINE

The post Peniaga didakwa ‘sentuh’ anak tiri dua kali appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved